AFASIA BROCA JUGA KECELARUAN BAHASA

 

PAUL BROCA

Paul Pierre Broca merupakan seorang doktor, ahli anatomi dan antropologi Perancis (Norul Haida, 2013). Beliau dilahirkan pada 28 Jun 1824 di Sainte-Foy-la-Grande, Perancis dan telah meninggal dunia pada 9 Julai 1880. Paul Broca ialah doktor bedah dan antropologi fizik yang terkenal melalui kajian yang berkaitan dengan otak dan tengkorak. Beliau telah menjalankan kajian melalui hubungan antara aktiviti jasmani spesifik dengan area spesifik dari otak. Dalam kerjayanya sebagai professor patologi pembedahan, beliau telah menemukan hubungan antara pemusnahan lipatan ketiga bonjolan depan kiri dengan kehilangan pertuturan. Penemuan pada tahun 1861 ini merupakan penyataan pertama yang mendorong kepada kajian lanjutan lokalisasi otak. Broca merupakan pelajar di Akademi Perubatan di Paris dan menjadi tokoh utama perkembangan antropologi fizik di Perancis.  Beliau juga aktif dalam menciptakan teknik alat-alat untuk meneliti tengkorak. Paul juga menjadi professor ilmu bedah patologi di Universiti Paris. Ketika berusia 24 tahun, beliau mendapat banyak penghargaan, medal dan kedudukan. Kajian awalnya merupakan tentang histologi dari tulang rawan dan tulang keras. Di samping itu, beliau turut mengkaji patologi kanser dan kematian bayi. Paul sangat terkenal dengan kajian mengenai anatomi otak terutamanya kajian mengenai daerah Broca yang melibatkan bahasa.

APA ITU AFASIA BROCA?

Kecelaruan bahasa berlaku disebabkan masalah yang berlaku dari aspek tatabahasa, semantik dan yang lain untuk menghasilkan maklumat linguistik. Istilah ini turut digunakan untuk masalah bahasa secara umum seperti gagap, salah sebutan dan sering menggunakan makna yang sama dalam pertuturan. Afasia merupakan istilah neurologi tentang kecelaruan bahasa akibat kerosakan hemisfera kiri otak manusia pada medan Broca. Menurut Kamus Dewan dalam Noor Aina (2017), kebanyakan neurologis dan patologi menyatakan bahawa Afasia berlaku disebabkan strok, tumor atau kemalangan dan tanda-tandanya ialah celaru komunikasi sama ada pertuturan, tulisan, isyarat atau pemahaman bahasa bertulis. Afasia digunakan oleh Paul Broca yang merupakan seorang doktor pakar bedah berbangsa Perancis. Menurut Broca, medan bahasa terletak di bahagian kiri otak depan. Beliau mendapati fungsi ini apabila beliau telah memeriksa otak pesakitnya yang mengalami bahasa. 

Daerah Borca merupakan tempat utama korteks serebrum yang berfungsi untuk menghasilkan bahasa atau penghasilan pertuturan. Di samping itu, daerah Broca juga terlibat dengan fungsi badan seperti pengeluaran ujaran dan kawalan neuron muka. Daerah Broca ini turut bersambung dengan daerah Wernicke bagi memproses pemahaman bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat pemerhatian tentang bahasa dilakukan terhadap beberapa kes afasia yang disebabkan kerosakan otak. Kajian tentang afasia didapati dengan tiga cara iaitu, Boston Diagnostic Aphasia Examination (BDAE), Western Aphasia Battery (WAB), dan Ujian Off-line.

BAGAIMANA DAERAH BROCA BERFUNGSI?

            Aktiviti membaca memerlukan prosesnya iaitu sistem neuro yang terlibat dengan bahasa pertuturan dan pemprosesan visual. Proses ini akan berlaku di temporal kiri, lobus parietal dan korteks visual untuk menganalisis fitur yang tiba di korteks visual. Hasil pembacaan perkataan akan mentafsir huruf yang dilihat dan gabungan huruf-huruf terhasil akan dianalisis ke peringkat yang seterusnya bagi membentuk satu perkataan. Perkataan yang terbentuk akan ke daerah pertuturan posterior otak termasuklah daerah Wernicke. Kemudian perkataan ini akan dihantar ke daerah Broca yang merupakan daerah pemprosesan fonem. Hal ini bertujuan perkataan yang dibaca akan menghasilkan dalam bentuk ujaran. Maklumat di daerah Broca ini dihantar ke korteks utama supaya dapat menghasilkan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Sabagai contoh, jika perkataan yang dibaca ialah “bola”, bunyi-bunyi pertuturan yang dihasilkan satu persatu ialah /b/, /o/, /l/, /a/ dan digabungkan menjadi /bola/.

BAGAIMANA AFASIA BROCA BERLAKU?


Afasia Broca berlaku apabila terdapat berlaku kerosakan otak pada bahagian suai gerak pertuturan. Kerosakan ini dinamakan lesion yang terjadi pada bahagian tertentu otak iaitu daerah Broca. Fungsi daerah Broca merupakan penyelarasan dalam pertuturan. Sekiranya daerah ini mengalami kerosakan, sudah tentu gangguan terhadap perancangan dan pengungkapan sebutan ayat-ayat yang dihasilkan akan menjadi tidak lengkap. Hal ini dikatakan demikian kerana daerah Broca berada berdekatan dengan jalur korteks motor. Kesannya, alat-alat sebutan termasuk bentuk mulut akan terganggu, kadangkala mulut menjadi herot.dan sebutannya juga menjadi tidak jelas (Dardjowidjojo, 2003). Perkataan yang terbentuk daripada kategori sintaktik seperti kata nama, kata kerja, dan kata sifat tidak akan terganggu tetapi masalah akan berlaku apabila terlibat dengan kata tugas. Sebagai contoh, pesakit boleh mengingat dan menyebut kata nama bee dan witch, tetapi dia agak sukar untuk mengingat dan menyebut kata tugas be dan which (Norul Haida Reduzan, 2013).

        

       Selain itu, berdasarkan satu kajian Afasia Broca dikaitkan dengan pemahaman bahasa. Terdapat seorang penderita yang mengalami masalah ini iaitu sukar untuk memahami ayat. Sebagai contoh, The apple that the boy is eating is red, jika the boy ialah orang yang melakukan perbuatan memakan epal. Kemudian ayat ini diubah menjadi The girl that the boy is looking at is tall, subjek kajian yang sama tidak dapat mengagak pelaku perbuatan is looking. Individu yang mengalami afasia agak sukar untuk memahami ayat kerana kekeliruan dengan hukum D-M. penderita ini juga perlu menganalisis hubungan sintaksis dalam ayat kerana mereka ketandusan sintaksis. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk memahami dan menghasilkan pertuturan (Noor Aina, 2017 ).

KELEBIHAN PENGHIDAP AFASIA BROCA

Walaupun penghidap afasia mempunyai kesukaran untuk pemahaman bahasa, mereka mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dapat menyanyi menggunakan perkataan yang sama. Namun demikian, penghidap ini tidak dapat bertutur dengan menggunakan perkataan yang sama.

            Oleh itu, afasia Broca merupakan kecelaruan bahasa yang dihadapi individu yang mengalami kerosakan pada daerah Broca. Daerah Broca ini amat penting kerana tempat bahasa diproses melalui fonem. Berdasarkan kajian, afasia Broca dan afasia Wernicke mempunyai perbezaan walaupun saling berkaitan. Misalnya, penghidap afasia Broca mempunyai kesukaran untuk menghasilkan ujaran tetapi Afasia Wernicke tidak mengalami sebarang masalah menghasilkan ujaran. Di samping itu, struktur sintaksis ujaran bagi afasia Broca adalah tidak teratur.



Rujukan

Khazriyati Salehuddin (2018). Psikolinguistik: Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norul Haida Reduzan (2013). Ilmu Psikolinguistik. Emeritus Publications.

Noor Aina Dani (2017). Asas Psikolinguistik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Scovel, T. (1998). Psycholinguistics. Oxford University Press, New York.

Soenjono Dardjowidjojo (2003). Psikolinguistik: Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia. Yayasan Obor Indonesia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUGGESTOPEDIA KAEDAH BERKESAN UNTUK PENGAJARAN BAHASA KEDUA

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DAN TEORI: APAKAH HUBUNG KAIT KEDUA-DUANYA?