SUGGESTOPEDIA KAEDAH BERKESAN UNTUK PENGAJARAN BAHASA KEDUA
Pemerolehan B2 Pemerolehan bahasa kedua berlaku setelah seorang kanak-kanak atau orang dewasa telah fasih dalam menggunakan bahasa natif iaitu bahasa pertama. Bahasa pertama ini juga dikenali sebagai bahasa ibunda yang menunjukkan B1 pertama tersebut telah didedahkan kepada kanak-kanak semenjak kecil lagi. Hal ini menyebabkan B2 dapat dipelajari melalui pembelajaran secara formal, memerlukan latihan serta pengulangan sehingga menjadi tabiat diri seseorang. Pada masa ini, B2 amat penting terutamanya dari aspek pendidikan. Pendidikan mejadi wadah untuk seseorang itu lebih menguasai B2 bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, B2 juga dijadikan sebagai hiburan untuk lebih memahami bahasa yang lain. Namun begitu, menurut Eckman dalam (Noor Aina, 2017), semakin aneh ciri dalam bahasa tertentu berbanding dengan bahasa-bahasa lain, semakin sukar untuk seseorang itu menguasainya. Hal ini kerana terdapat tempoh yang kritikal untuk pembelajaran bahasa yang melibatkan sintak...